SENANDUNG HARMONI - Sabtu, 1 Ogos 2009, 7.45 malam -Dewan Serbaguna TWCC
PERHATIAN:
Mereka yang terlibat dalam persembahan sulong Harmoni Orkid "Senandung Harmoni", harap maklum, bahwa ini adalah persembahan yang dianjurkan oleh Harmoni Orkid, MAEC TWCC dan setiap penglibatan hendaklah disahkan dulu oleh saya dan En. Dzul, sebelum ianya ditetapkan sebagai satu acara persembahan.
Semua persembahan baik nyanyian, tarian, silat, melibatkan para remaja sahaja, kecuali acara ibubapa Harmoni Orkid, yang perlu juga disaring sebelum diterima untuk persembahan. Saya berterima kasih di atas usaha para ibu yang telah mendapatkan khidmat seorang guru tari untuk membantu persembahan mereka. Terima kasih juga kepada guru tari tersebut (maaf saya tak ingat namanya) yang sudi dan ikhlas ingin bantu sama jayakan Senandung Harmoni. Niat baik puan saya sanjung tinggi.
Namun, keluhuran puan itu dibimbang tersalah anggap oleh setengah pihak yang saya tidak beritahu penglibatannya. Mengikut etika produksi MAEC Kelab Masyarakat Tampines West, adalah sopan, jika pihak puan itu, diberitahu akan penglibatan puan. Dan saya harus memberi tahun pihak puan agar tidak dituduh mengambil seorang pelatih tanpa izin.
Justru, saya harap para ibu yang telah memilih lagu EMPAT DARA diminta tumpukan dulu pada kesempurnaan menyanyi dulu, kemudian baru dimulakan gerak, jika nyanyian beramai itu disahkan oleh saya dan En. Zul. Itupun dengan khidmat 3 orang penari Unit MAEC Tampines West CC, yang telah ditetapkan untuk menjalankan tugas ini.
Senandung Harmoni adalah usaha sulong besar-besaran yang bakal melancarkan album sulongNYA dengan restu penasihatnya En. Masagos Zulkifli. Beliau amat prihatin akan penglibatan anggotanya sendiri. Kita tidak mahu persiapan ini tercemar dek kekeliruan yang tidak diketahui pihak penganjur Senandung Harmoni, lebih-lebih lagi penasihat kita sendiri.
Anggota Harmoni Orkid lain, bersedia untuk didengar nyanyian mereka dengan minus one pada 31 Mei kelak., jika tidak kami tidak dapat sertakan anda tanpa diuji lebih lanjut. Keputusan kami menyertakan anda atau tidak untuk menyanyi solo/berduet sahaja adalah muktamad.
Persembahan ini melibatkan bayaran dari mereka yang menonton. Kami harus mengutarakan yang terbaik dari anggota kita sendiri.
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment