Sunday, May 31, 2009

PERSEMBAHAN HARMONI ORKID - JUNE hingga AUGUST 2009

PERSEMBAHAN HARMONI ORKID JUNE - AUGUST 2009

1. PARENTS' DAY : Sabtu, 20 June 2009, 7.30 malam: Dewan Serbaguna TWCC

2. PROJECT 'ONE': Sabtu, 4 July 2009, 3,30 ptg. & 7.30 malam: Republic Poly

3. TANDAK TARI LENGGANG CILIK: Sabtu: 18 July 2009, 10.00 pagi- Dewan Serbaguna
TWCC

4. DANA MASJID KHATIJAH: Sabtu: 25 July 2009, 7.30 malam - Furama Hotel

5. SENANDUNG HARMONI - Sabtu: 1 August 2009: 7.30 malam - Dewan Serbaguna TWCC
dan PELANCARAN CD

6. NATIONAL DAY CELEB. - Jumaat, 7 August 2009 - 7.30 malam - Springfield Sec. School

Ibubapa akan diberi borang pengesahan penglibatan anak-anak mereka, untuk tiap-tiap satu persembahan yang akan diadakan, untuk ditandatangani untuk izinkan atau tidak izinkan anak-anak mereka terlibat dalam persembahan-persembahan di atas.

Jika tiada borang dikembalikan, tiada tandatangan keizinan dari ibubapa, bererti anggota itu tidak mendapat izin dari ibubapa mereka untuk terlibat dalam pementasan.

Setiap pementasan akan dikendalikan oleh Harmoni Orkid sepenuhnya, dengan kerjasama pereka imej yang telah Harmoni Orkid tetapkan (bukan dari kalangan ibubapa anggota Harmoni Orkid). Anggota Harmoni Orkid hanya diperlukan menggunakan pakaian yang ditetapkan dari rumah saja.

Harmoni Orkid berterima kasih di atas budi baik ibubapa Harmoni Orkid yang telah ikhlas menghulurkan sumbang bakti mereka di masa-masa lalu persembahan Harmoni Orkid. Hanya Allah saja dapat memberi ganjaran yang sewajarnya kepada anda semua yang telah menyokong dan membantu jayakan persembahan-persembahan Harmoni Orkid di masa-masa lalu.

Terima kasih

Yang benar

NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL

Friday, May 22, 2009

SENANDUNG HARMONI

ACARA SENANDUNG HARMONI - PELANCARAN ALBUM SULONG HARMONI ORKID

Assamualaikum kepada semua anggota Harmoni Orkid & Para Ibu Bapa Anggota

Diharap semua yang telah saya dan En Dzul dengar nyanyian mereka untuk solo dan duet KELMARIN, bawa CD minus one mereka pada 31 Mei ini untuk didengar. Ini adalah nilaian terakhir. Group leaders harap update anggota mereka yang terlibat. Tidak membawa CD bererti anda tidak boleh dilibatkan dalam bahagian solo dan duet (NYANYIAN SAHAJA) sekalipun anda boleh menyanyi.

Oleh kerana SENANDUNG HARMONI yang bakal diadakan pada 1 Ogos 2009 ini merupakan satu persembahan yang akan melancarkan album sulong Harmoni Orkid (10 lagu), saya dan En Dzul dapati penglibatan nyanyian dari grup ibubapa tidak sesuai disertakan. Jadi tiada penyertaan dalam program Senandung Harmoni.

Group Leaders harap beritahu anggotanya dan ibu bapa yang baca blog ini, harap war-warkan agar persembahan dari ibubapa sudah ditiadakan.

HANYA MEREKA YANG DIUJI NYANYIAN SAJA DIBENARKAN BERADA DI BILIK UJIAN.

Harap maklum


NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL

Sunday, May 17, 2009

SENANDUNG HARMONI

SENANDUNG HARMONI - Sabtu, 1 Ogos 2009, 7.45 malam -Dewan Serbaguna TWCC

PERHATIAN:
Mereka yang terlibat dalam persembahan sulong Harmoni Orkid "Senandung Harmoni", harap maklum, bahwa ini adalah persembahan yang dianjurkan oleh Harmoni Orkid, MAEC TWCC dan setiap penglibatan hendaklah disahkan dulu oleh saya dan En. Dzul, sebelum ianya ditetapkan sebagai satu acara persembahan.

Semua persembahan baik nyanyian, tarian, silat, melibatkan para remaja sahaja, kecuali acara ibubapa Harmoni Orkid, yang perlu juga disaring sebelum diterima untuk persembahan. Saya berterima kasih di atas usaha para ibu yang telah mendapatkan khidmat seorang guru tari untuk membantu persembahan mereka. Terima kasih juga kepada guru tari tersebut (maaf saya tak ingat namanya) yang sudi dan ikhlas ingin bantu sama jayakan Senandung Harmoni. Niat baik puan saya sanjung tinggi.

Namun, keluhuran puan itu dibimbang tersalah anggap oleh setengah pihak yang saya tidak beritahu penglibatannya. Mengikut etika produksi MAEC Kelab Masyarakat Tampines West, adalah sopan, jika pihak puan itu, diberitahu akan penglibatan puan. Dan saya harus memberi tahun pihak puan agar tidak dituduh mengambil seorang pelatih tanpa izin.

Justru, saya harap para ibu yang telah memilih lagu EMPAT DARA diminta tumpukan dulu pada kesempurnaan menyanyi dulu, kemudian baru dimulakan gerak, jika nyanyian beramai itu disahkan oleh saya dan En. Zul. Itupun dengan khidmat 3 orang penari Unit MAEC Tampines West CC, yang telah ditetapkan untuk menjalankan tugas ini.

Senandung Harmoni adalah usaha sulong besar-besaran yang bakal melancarkan album sulongNYA dengan restu penasihatnya En. Masagos Zulkifli. Beliau amat prihatin akan penglibatan anggotanya sendiri. Kita tidak mahu persiapan ini tercemar dek kekeliruan yang tidak diketahui pihak penganjur Senandung Harmoni, lebih-lebih lagi penasihat kita sendiri.

Anggota Harmoni Orkid lain, bersedia untuk didengar nyanyian mereka dengan minus one pada 31 Mei kelak., jika tidak kami tidak dapat sertakan anda tanpa diuji lebih lanjut. Keputusan kami menyertakan anda atau tidak untuk menyanyi solo/berduet sahaja adalah muktamad.

Persembahan ini melibatkan bayaran dari mereka yang menonton. Kami harus mengutarakan yang terbaik dari anggota kita sendiri.

NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL

Sunday, May 3, 2009

PENGORBANAN

PENGORBANAN UNTUK HARMONI ORKID

Saya dan Dzul Rabull Jalil sangat-sangat terharu di atas pengorbanan Nur Elyana dan Nur Diana, yang sakit-sakit pun datang Fulldress Rehearsal dan Performance.

Selepas show Diana dikejarkan ke hospital (SGH).

Pengorbanan beliau adek beradek sangat-sangat kami hargai, semuga Diana cepat sembuh dan Allah berkahi pengorbanan mereka untuk Harmoni Orkid. Kepada ibu bapa Nur Elyana dan Diana kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ketegahan anda dan sokongan padu anda terhadap persembahan Harmoni Orkid.

Kepada ibubapa lain yang bersusah payah, menyokong dan luhur ingin lihat Harmoni Orkid berjaya, tidak lupa juga kami ucapakan ribuan terima kasih. Budi baik anda seklian Allah saja dapat membalasnya.

Sama-samalah kita doakan cepat sembuhnya Diana.

Syabas Elyana dan Diana .. semuga anda jadi contoh baik kepada anggota Harmoni Orkid yang lain dalam usaha menjayakan setiap persembahan Harmoni Orkid.

Sekali lagi terima kasih.

NADIPUTRA/DZUL RABULL JALIL

Hari Ibu celebration @ TWCC 2/5/09

Hello all,
Yesterday's performance was good, well done HO..! You hv moved the audience
Thank you to all parents and helpers
Here are the pics (courtesy of Nur Shafiqah)