PENGORBANAN UNTUK HARMONI ORKID
Saya dan Dzul Rabull Jalil sangat-sangat terharu di atas pengorbanan Nur Elyana dan Nur Diana, yang sakit-sakit pun datang Fulldress Rehearsal dan Performance.
Selepas show Diana dikejarkan ke hospital (SGH).
Pengorbanan beliau adek beradek sangat-sangat kami hargai, semuga Diana cepat sembuh dan Allah berkahi pengorbanan mereka untuk Harmoni Orkid. Kepada ibu bapa Nur Elyana dan Diana kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ketegahan anda dan sokongan padu anda terhadap persembahan Harmoni Orkid.
Kepada ibubapa lain yang bersusah payah, menyokong dan luhur ingin lihat Harmoni Orkid berjaya, tidak lupa juga kami ucapakan ribuan terima kasih. Budi baik anda seklian Allah saja dapat membalasnya.
Sama-samalah kita doakan cepat sembuhnya Diana.
Syabas Elyana dan Diana .. semuga anda jadi contoh baik kepada anggota Harmoni Orkid yang lain dalam usaha menjayakan setiap persembahan Harmoni Orkid.
Sekali lagi terima kasih.
NADIPUTRA/DZUL RABULL JALIL
Sunday, May 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment