Monday, November 30, 2009

RENTAK CILIK

TAHNIAH FAIZ & SITI SYAKIRAH !

Tahniah Faiz & Siti Syakirah for being amongst the 20 talents selected from the 400 auditioned to be in RENTAK CILIK.

Semuga anda terus berjaya !

Salam Aidil Adha.

Nadiputra
Dzul Rabull Jalel

Saturday, November 28, 2009

PENTAS RADIO: TITISAN SERUAN

PENTAS RADIO "TITISAN SERUAN"

Dengar pentas radio Minggu ini ; Ahad 29.11.09 selepas berita 10 pagi di Warna dan ulangan Ahad 6.12.09 waktu yang sama.

Lagu Seruan Ilahi dan Ya Rasullullah dari album TAQWA digunakan sebagai lagu latar.

Friday, November 6, 2009

AMAT MENGECEWA/MEMALUKAN

MENGECEWA / MEMALUKAN - PERINGATAN !

Koir Harmoni Orkid MESTI BERSYUKUR kerana diberi kesempatan membuat rakaman CD SULONGnya tanpa biaya mana-mana pihak, tetapi lebih dari jalinan akrab En. Dzul dan saya terhadap En. Ali dan syarikat rakaman beliau yang mengusahakan dulu rakaman tanpa bayaran.

Namu kesempatan keemasan ini, tidak dimenfaatkan sepenuhnya oleh SEBILANGAN BESAR anggota Koir Harmoni Orkid, yang datang ke studio, tidak bersedia untuk menyanyi, tidak fokus bila masuk studio, lebih berbual dan tidak mahu beri perhatian ada suara rakaman yang disuruh dengar semula.

Kalau nak dinilai, kebanyakan anda "belum layak masuk studio rakaman dan buat rakaman".

Usaha untuk menggalakkan anda semua tidak diambil berat sepenuhnya - tidak ada homework dibuat untuk memperkemas nyanyian anda yang rata-rata ramai yang masih belum sampai tahap rakaman yang memuaskan.

Waktu studio berharga. Masa yang diberikan pada kita boleh diberi kepada penyanyi-penyanyi lain yang bayar untuk rakaman berdasarkan setiap jam yang digunakan untuk rakaman.l

Jadi JANGAN ANGGAP MUDAH, AMBIL RINGAN kemudahan yang ada pada kita. JANGAN SAMPAI KESEMPATAN ini hanya INI SAJA, dan BUAT ORANG SERIK nak rakamkan anda.

Kalau keadaan ini tidak berubah, kegiatan lain yang melibatkan anda, tidak akan kami teruskan, agar anda semua lebih berdisiplin dan tahu hargai jasa baik, masa dan kepentingan bersama HARMONI ORKID.

Pada mereka yang tidak faham GRUP LEADERs harap ingatkan, dan terangkan. Pada saya seekor kerbau membawa lumpur semua akan terpalit. Jadi kita kena tanggung malu atau risiko bersama.

BERGURAU ADA TEMPATNYA. RAKAMAN JUGA TEMPATNYA BOLEH DITIADAKAN, JIKA BERGURAU TIDAK BERTEMPAT.

NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL