Saturday, December 27, 2008

LATIHAN BERAMAI SINARAN HATI EMAS

KEPADA SEMUA ANGGOTA HARMONI ORKID

Harap teliti pengumuman ini !

Semua anggota Harmoni Orkid yang tidak terlibat dalam vokal recording, diminta hadir untuk latihan pada hari RABU, 31 DECEMBER 2008, JAM 3.30 PETANG, di #01-08 Tampines West CC. Ini adalah latihan gabongan bersama mereka yang bakal buat rakaman vokal.

Mereka yang berlatih vokal tetap akan datang dari jam 2.00 petang pada hari tersebut.

Sila bawa capal hitam yang sudah dibeli pada hari tersebut. Kami nak tengok sama ada capal yang dibeli betul atau tidak untuk show nanti.

Sila juga tentukan sama ada anda ingin memesan CD rakaman SINARAN HATI EMAS. Hanya mereka yang memesan saja yang akan dibelikan CDnya. Jika tidak, tiada CD yang akan dibelikan untuk anda jika CD itu sudah siap. Harga CD: $10/-.

Harap beri tahu dan sebarkan perkara ini kepada kawan-kawan yang tiada email mengenai latihan ini.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM YANG MULIA
MAAF ZAHIR BATIN

Salam Muharram
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL



Monday, December 22, 2008

RAKAMAN & PERSEMBAHAN SINARAN HATI EMAS

PERHATIAN
Anggota Harmoni Orkid dan Parents

Attention:
Amirul, Matin, Fadly, Shazrie, Irfan Lambri, Aisyah, Siti Syakirah, Nur Shafiqah, Syazanna & Zahreen
(Harap beri penuh perhatian dan fokus serta komitment)

FINAL VOCAL REHEARSAL: WEDNESDAY, 31 December 2008, 2.00 pm at #01-08, Tampines West CC.

VOCAL RECORDING : THURSDAY, 1st January 2009, 1.00 pm sharp,
at ANN HUSSIN STUDIO, Blk. 78 Commonwealth Drive, #04-577, Singapore 140078.
(PLEASE BE PUNCTUAL - STUDIO TIME IS IMPORTANT AND COSTLY. Have your lunch first
before recording - bring your own mineral waters)
Since place of recording is small, only those doing the recording are allowed into the studio. We will inform the parents to fetch the children once the recording is about to finish.

Para anggota (penyanyi anggota Harmoni Orkid yang lain) yang tak terlibat dalam vocal recording, be alert, akan dipanggil untuk movement rehearsal (Sunday 4th January 2009 - 5.00 pm, seperti sesi biasa) before going to Mediacorp Studios, once the vocal CD is with us.

FULLDRESS AT MEDIACORP STUDIO: THURSDAY, 8 January 2009, 2.00 pm to 10.00 pm (Must be at Mediacorp by
(For all Harmoni Orkid Singers) 1.45 pm - Please bring jacket - it is very cold. Bring tit-bits. Dinner will be
served)

SHOWTIME AT MEDIACORP STUDIO: FRIDAY, 9 January 2009, 2.00 pm to 10.00 pm (Must be at Mediacorp by
(For All Harmoni Orkid singers) 1.45 pm - Please bring jacket - it is very cold. Bring tit-bits. Dinner will be
served)
(PARENTS CAN ONLY SENT THEIR CHILDREN TO THE TV RECEPTION FOR
BOTH DAYS)

I have checked with Mediacorp (Eaglevision), they will provide their own make-up artistes for our performers, so our usual helpers need not be around.

PLEASE CONTINUE READING BLOG, AS MEDIACORP MIGHT MAKE URGENT CHANGES FOR REHEARSAL OF MOVEMENT BY THEIR CHOREOGRAPHERS.

Kerjasama dan Perhatian anda semu amat penting dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

Jika tak faham sila call saya: NADIPUTRA @ 82826353 atau EN DZUL @ 81352611

Terima kasih. Maaf Zahir Batin.


Salam Harmoni
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL


Wednesday, December 17, 2008

SINARAN HATI EMAS - SURIA

LATIHAN CHOIR UNTUK RAKAMAN SINARAN HATI EMAS - SURIA

Assalamualaikum Semua,

SABTU dan AHAD ini (20 dan 21 Disember 2008), jam 3.00 petang, di Tampines West CC, tempat latihan biasa (for the time being) ada latihan genting untuk persiapan rakaman persembahan rancangan SURIA,
SINARAN HATI EMAS, (Tabung Amal Aidil Fitri) yang bakal dirakamkan pada Jumaat 9 Januari 2009 secara live.

RAKAMAN LIVE: Jumaat 9 hb Januari 2009 (Penyanyi diperlukan hadir di studio Mediacorp, Caldecott dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam)

FULLDRESS REHEARSAL: Khamis, 8 Januari 2009 (Penyanyi diperlukan hadir di studio Mediacorp, Caldecott, dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam juga)

Saya telah kirimkan email kepada anda semua mengenai perkara ini - tolong ingatkan kawan-kawan yang tiada email. Suruh mereka hubungi saya atau En. Dzul jika tidak faham.

HARAP KERJASAMA UPDATE KAWAN-KAWAN SEMUA.

Sila hadir latihan Sabtu dan Ahad ini untuk taklimat persediaan persembahan dan pakaian.

Terima kasih.

NADIPUTRA - 82826353
DZUL RABULL JALIL - 81352611

Sunday, December 14, 2008

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Siti Zawiyah, Cik Lynn, Cik Wagimah & Cik Rose yang menerajui RETREAT HARMONI ORKID dengan bantuan suami-suami anda semua, untuk kanak-kanak Harmoni Orkid, pada Sabtu 13 Disember di #01-08 Kelab Masyarakat TWCC. Hanya Allah saja dapat mengganjari ketulusan anda dan suami-suami anda dalam memberi kanak-kanak Harmoni Orkid nikmati silaturrahim sesama mereka dan sesama kita anggota keluarga Harmoni Orkid.

Kepada Cik Aidah dan suami, Cik Sofia dan suami serta ibu-ibu dan bapa-bapa yang hadir yang memberi sumbangan ikhlas dan 'bertunggu-tangga' sama-sama menjayakan Harmoni Orkid, budi baik anda juga tidak kami lupakan.

Kepada mereka juga yang telah menitiskan keringat, membanting tulang empat kerat, yang tidak tersebut nama mereka di sini, tiada bahasa seindah bahasa yang dapat nak kami katakan terhadap jasa baik anda semua.

Terima kasih kepada Grup Tari Naaim Pani kerana menghiburkan kanak-kanak Harmoni Orkid.

Kepada anda yang tidak hadir kerana telah ada rancangan lebih awal sebelum kami tetapkan retreat ini, kami ucapkan terima kasih juga kerana semangat anda yang ingin bersama kami, tapi tidak berkesempatan hadir.

Semuga semangat jitu anda semua diberkati Allah Suhhanahuwataala demi anak-anak Harmoni Orkid semua.

Mana yang tidak disengaja tertinggal nama-namanya dari disebut tapi turut membantu, terima kasih kami ucapkan .. dan kami akhiri sekali lagi dengan ucapan ribuan terima kasih, maaf zahir batin.


PENTING:
Mediacorp telah tetapkan rakaman SINARAN HATI EMAS pada Jumaat 9 Januari 2009 di TV Theatre, Mediacorp TV (Perlu hadir dari jam 2.30 petang)
Fulldress rehearsals pada hari Khamis, 8 Januari 2009 dari jam 2.30 petang.

Kami akan panggil anda untuk latihan dan rakaman awal suara saja (untuk 10 orang saja) secepat mungkin.

2 lagu akan dinyanyikan: DINGIN oleh Ziana Zain
dan lagu penutup SINARAN HATI EMAS.

SILA AMBIL PERHATIAN

Hurmat dari kami
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kepada Anggota serta Ibu Bapa Koir Harmoni Orkid

diucapkan

S E L A M A T H A R I R A Y A A I D I L A D H A

M A A F Z A H I R B A T I N

S
emuga Aidil Adha ini membawa erti pengorbanan sebenarnya di jiwa dan hati nurani kita semua sebagai umat Muslimin dan Muslimat.

Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail dalam meredakan permintaan Allah tiada titik tolaknya, tiada dakwa dakwinya, putih tiada warna warninya - maka dikurniakan Allah dengan makam dan mertabat yang terpuji di sisi Allah.

Semuga kita juga (insan yang lemah) dapat sama-sama mencontohi dan jadikannya satu iktibar dalam menjalankan kehidupan kita sehari-hari, penuh keredaan, keikhlasan dan pasrah terhadap apa yang Allah tentukan untuk hambaNya. Amin.

Kami doakan kesejahteraan anda semua sekeluarga di hari baik bulan baik ini, di salah satu bulan yang mulia ini, agar urusan harian kita sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah Swt., dan dalam perlindunganNya, juga rahmat dan hidayat dari junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu`alaihiwassalam. Alfateha. Amin.

Salam Aidil Adha
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL

Monday, December 1, 2008

RETREAT HARMONI ORKID

Assalamualaikum Semua Anggota dan Ibu Bapa Harmoni Orkid

RETREAT HARMONI ORKID akan berlangsung pada SABTU, 13 Disember 2008.

Sebagaimana setiap projek Harmoni Orkid adalah projek kerjasama, RETREAT ini telah dipersetujui untuk dipertanggungjawabkan bersama oleh semua.

Andainya anda tidak dapat memberi apa-apa sumbangan sekalipun, anda dan keluarga anggota masih boleh hadir RETREAT ini. Untuk kepentingan anak-anak, jika ibubapa tidak dapat hadir, izinkanlah mereka hadir bersama teman-teman mereka.

Sila hubungi Cik Siti Zawiyah dan Cik Lynn untuk maklumat urusan RETREAT ini.

Tarikh: Sabtu 13 Disember 2008
Lokasi: Taman hadapan bilik latihan Harmoni Orkid #01-08
Masa : 12.00 tengahari hingga 6.00 petang - PERSIAPAN
7.30 malam hingga 3.00 pagi (RETREAT)

AHAD: Disember 2008 ini TIADA LATIHAN HARMONI ORKID

Kerjasama dan sumbangan ikhlas anda dalam menjayakan RETREAT untuk kanak-kanak HARMONI ORKID terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Semuga jasabaik budibicara anda dirahmati dan diberkati AllahSubhanahuwataala. Insya Allah. Amin.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA `AIDIL ADHA

Hurmat dari kami
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL