Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Siti Zawiyah, Cik Lynn, Cik Wagimah & Cik Rose yang menerajui RETREAT HARMONI ORKID dengan bantuan suami-suami anda semua, untuk kanak-kanak Harmoni Orkid, pada Sabtu 13 Disember di #01-08 Kelab Masyarakat TWCC. Hanya Allah saja dapat mengganjari ketulusan anda dan suami-suami anda dalam memberi kanak-kanak Harmoni Orkid nikmati silaturrahim sesama mereka dan sesama kita anggota keluarga Harmoni Orkid.
Kepada Cik Aidah dan suami, Cik Sofia dan suami serta ibu-ibu dan bapa-bapa yang hadir yang memberi sumbangan ikhlas dan 'bertunggu-tangga' sama-sama menjayakan Harmoni Orkid, budi baik anda juga tidak kami lupakan.
Kepada mereka juga yang telah menitiskan keringat, membanting tulang empat kerat, yang tidak tersebut nama mereka di sini, tiada bahasa seindah bahasa yang dapat nak kami katakan terhadap jasa baik anda semua.
Terima kasih kepada Grup Tari Naaim Pani kerana menghiburkan kanak-kanak Harmoni Orkid.
Kepada anda yang tidak hadir kerana telah ada rancangan lebih awal sebelum kami tetapkan retreat ini, kami ucapkan terima kasih juga kerana semangat anda yang ingin bersama kami, tapi tidak berkesempatan hadir.
Semuga semangat jitu anda semua diberkati Allah Suhhanahuwataala demi anak-anak Harmoni Orkid semua.
Mana yang tidak disengaja tertinggal nama-namanya dari disebut tapi turut membantu, terima kasih kami ucapkan .. dan kami akhiri sekali lagi dengan ucapan ribuan terima kasih, maaf zahir batin.
PENTING:
Mediacorp telah tetapkan rakaman SINARAN HATI EMAS pada Jumaat 9 Januari 2009 di TV Theatre, Mediacorp TV (Perlu hadir dari jam 2.30 petang)
Fulldress rehearsals pada hari Khamis, 8 Januari 2009 dari jam 2.30 petang.
Kami akan panggil anda untuk latihan dan rakaman awal suara saja (untuk 10 orang saja) secepat mungkin.
2 lagu akan dinyanyikan: DINGIN oleh Ziana Zain
dan lagu penutup SINARAN HATI EMAS.
SILA AMBIL PERHATIAN
Hurmat dari kami
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment