HARI IBU
Majlis Hari Ibu "MENJUNJUNG KASIH SRIKANDI SEJATI" anjuran MAEC Tampines West, Sabtu 2 Mei 2009, 7.30 malam, di dewanserbaguna Tampines West. Tikit menyertai: $20/-.seorang.
Diharap ibubapa Harmoni Orkid dapat menyertainya, setidak-tidaknya satu meja (10 orang) dibeli oleh Harmoni Orkid, supaya kita tidak dianggap menyepikan kegiatan MAEC yang selama ini merestui kegiatan Harmoni Orkid. Harap beri nama anda pada saya pada hari Minggu akan datang ini.
Koir Harmoni Orkid akan menyumbangkan 3 buah lagu: "Harmoni Orkid", "Wings of Peace" dan "Bondaku Srikandi"
SENANDUNG HARMONI
Sempena Hari Kebangsaan, Koir Harmoni Orkid akan mengadakan persembahan sulongnya "SENANDUNG HARMONI" pada Sabtu 8 Ogos, 7.30 malam, di dewanserbaguna Tampines West.
Koir Harmoni Orkid akan mendendangkan 13 buah lagu. Mereka yang berminat menyanyi solo dipersilakan hantar lagu untuk diuji dan dipertimbangkan oleh En. Dzul Rabull. Seorang anggota koir akan dipilih untuk deklamasikan puisi.
Persembahan ini memberi peluang kepada ibubapa Harmoni Orkid menyumbangkan satu lagi secara kumpulan (tidak kira berapa orang). Lagu minus one akan dipilih oleh ibubapa sendiri untuk dinyanyikan dengan bimbingan En. Dzul.
Penyanyi undangan dari Orkes Keroncong, Bintang Irama serta sketsa oleh Theatre 2000.
Harap cuba tentukan penyertaan pada hari minggu akan datang ini (22.03.09)
NADIPUTRA
DZUL RABULL
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment