TAHNIAH DAN SYABAS !
Kami bangga dan berbesar hati serta bersyukur Koir Harmoni Orkid dapat sambutan baik dari pihak Eaglevision yang telah mengundang kita menyertai SINARAN HATI EMAS terbitan Suria.
Langkah yang penuh cabaran ini tidak ternilai. Semuga Sinaran Hati Emas ini benar-benar jadi tapak permulaan kepada sesuatu yang lebih mencabar dan dinamik yang boleh menempatkan Harmoni Orkid ke persada dunia - jika sikap profesional dan tanggungjawab padu, juga disiplin yang utuh dapat kita kekalkan terus dan peliharai. InsyaAllah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali kepada para ibubapa yang berkorban tenaga, masa dan materi demi kejayaan Harmoni Orkid. Didoakan keluhuran dan niat baik anda diganjari Allah Subahanahuwataala dengan segala keberkatan dan limpah rahmatNya.
Terima kasih juga diatas sumbangan murni para ibubapa sekalian dalam menyambut hari lahir para anggota Harmoni Orkid bulan Januari. Sambutan hari lahir mereka yang dilahirkan pada bulan Februari akan diraikan pada Ahad, 8 Februari kelak. Insya Allah.
Naib Pengerusi, MAEC Tampines West, Encik Aziz terharu dan bangga lihat anda semua, lebih-lebih lagi bila menonton anda di Sinaran Hati Emas ..... sampai dia terlupa nak pergi meeting. Beliau akan kabarkan pencapaian kita ini ke mesyuarat CCMC kelak.
Semuga perpaduan dan persefahaman yang terjalin dalam post mortem tadi jadi petanda yang baik dalam kita bermuzakarah dengan niat mulia lagi murni ke arah kemajuan peningkatan Harmoni Orkid. Amin, ya Rabbal Alamin. Alfatihah.
Maaf Zahir Batin
NADIPUTRA
DZUL RABULL JALIL
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment